Well well well ,
hari ni cakap bahasa melayu je kot ,
sebab takde mood nak cakap bahasa inggeris yang bersepah,
Hari ni kiranya hari kedua cuti pertangahan tahun .
Aku still tak rasa apa-apa masa cuti .
Yang aku dapat cuma mimpi yang tak sudah2 buatkan aku rasa macam dah nak sampai ajal.
Seterusnya , aku bet ramai gila yang rasa lega after exam nie . So do I .
Tapi aku cuma masih terikat dengan result exam yang tak habis-habis menghantui aku.
Terima kasih banyak2 terutama Accounts. Terima kasih sebab tak suka aku!
Sebab aku pun tak suka kau .
Hari ni aku tanak cakap banyak sebab aku perasan post aku kebelankangan nie macam tak boleh blah panjangnya . Aku try summarise kan apa yang aku nak cakap even mmg banyak gila content aku nk cakap .
So , ni semua pandangan aku pasal exam ,
*part nie korang tak baca pun takpe*
BM > i was just trying my best masa buat karangan , yang lain semua okay. Tapi aku tahu sangat2 aku takkan dapat B ,jauh sekali A. tu janji cikgu . Cikgu kata cikgu boleh bagi paling banyak pun 65.
BI > aku sendiri tak ingat macam mana kertas dia. So, no comment. Aku cuma ingat yang kertas nie lebih senang daripada kertas BM , aku tak kata senang . Aku kata lebih senang daripada BM .
Mathematics > Well , aku memang target tinggi untuk Maths sebab soalannya senang, so kalau tak dapat A, tak tahu lah , tawakkal saja .
Agama > Alhamdulillah semua okay , cuma aku tak buat yang terbaik je , aku tahu aku banyak buat salah sampai tak terkira . Tawakkal jugak .
Sejarah> No comment saja . Cannot get an A , thank you .
Biology > Kertas yang macam tuuuut je , okay lah kot , part graph tu aku buat silap , memang tuuuut . Agak susah .
Chemistry > Rasanya yang paling senang antara 3 kertas sains tulen kot . kan?
Physics > ENTAH . Aku dah buat yang terbaik . Paper 2 just put a smile on my face but not paper 1 .
Accounts > ouh yeah , kertas paling "SENANG" sekali . terima kasih sebab buat aku separuh mati !
Add Maths > Sangat tenang buat kertas nie , I just love you add maths ,bukan setakat love , malah , aku dah buktikan aku boleh score kau ! ^_^ And I already know what's my marks ^^ Alhamdulillah sangat !
Gambar atas neyh meggambarkan perasaan aku sebelum and selepas exam ,
boleh conclude sendiri kan ?
Just imagine lah duduk dalam telur tu , kena kurung , otak pun tak byk explore benda luar ,
macam katak kat bawah tempurung , kan ?
Sekarang dah bebas , telur dah pecah , aku sekarang dah hilang ke mana . Haha .
Sejak habis exam sampai hari nie , aktiviti aku sikit sangat .
Selain tidur , aku tengok tv sepuas puasnya , online sepuasnya ,
tgk showdown 2011 kat tonton.com.my sebab masa exam terlepas nak tgk ,
tgk oh my school yang dah ketinggalan 4 ep ,
dgar lagu yang memang gian nak dengar ,
tgk B.O.F semalam sampai pukul 3 pagi sampai lagu ost dia pun dah stuck on my head !
lepas tu tgk match MU dengan Barcelona sampai habis .
Memang syok la kan hidup aku. hahaa. That's all . Aku harap aku tak cakap byk ,
so , those yang baca , thank you so much sebab luangkan masa untuk baca walaupun tak menarik ^^