Friday, November 27, 2009

karya faiqah : SAAT SAAT AKHIR [1]

Seperti biasa Aqiel akan ke rumah Arryana setiap pagi untuk ke sekolah. Disebabkan mereka berjiran, Arryana sentiasa ke mana-mana bersama jiran atau rakan baiknya itu bersama setiap masa. "Yana, ko dah siap? jom gerak!"Aqiel Fafazurenne menyapa Yana yang sedang kelam-kabut gayanya memakai kasut sekolah. "Okey..Mama..cepatlah..Yana dah lambat ni.."
Aqiel yang berada di sisi kereta menggeleng kepala memerhatikan sikap Yana yang sentiasa kabut itu.

Arrayana dan Aqiel belajar di sekolah yang sama tetapi tidak di dalam kelas yang sama. Mereka belajar di tahun 2 menengah rendah di sekolah yang agak terkenal dengan disiplin para pelajar yang sangat baik, Sekolah Menengah (Perempuan) Infograsi, Klang . Setiba di sekolah, pembelajaran berjalan seperti biasa. Selepas waktu rehat, para pelajar diminta berkumpul di Dataran Integrasi. Para pelajar tertanya-tanya akan sebab mereka perlu berkumpul di situ secara tiba-tiba melainkan hari perhimpunan pada setiap hari Sabtu.

Kemudian satu suara menarik perhatian semua pelajar yang berada di dDataran Integrasi. "Para pelajar diminta senyap. Cikgu ingin membuat pengumuman bahawa sekolah kita akan memasukkan 4 pelajar peralihan yang terdiri daripada 3 orang pelajar lelaki dari Sekolah Tinggi Victoria,Kuala Lumpur dan seorang pelajar perempuan dari Sekolah Convent Bukit Nanas." Pengumuman yang disampaikan oleh guru bertugas, Miss Sara Ng membuatkan para pelajar terpinga-pinga dan Dataran Integrasi mula riuh. Para pelajar memperlihatkan wajah yang tidak puas hati dengan pengumuman sebentar tadi. Miss Sara Ng menyambung lagi pengumumannya yang tergantung, "Bawa bertenang. Keep your mouth shut when someone on thre mic, pls! ..Alright, let just get to the point n I want to introduce them to you."

Para pelajar mula memberi perhatian sepenuhnya kepada Miss Sara Ng. "Di sana, Izz Amirul, yang bakal menyertai pelajar-pelajar kelas 3E dan dia merupakan salah seorang ahli 'band music' sekolah dan dilantar sebagai senior kelab bola sepak sekolah." Amirul yang berada di pintu hadapan Dataran Integrasi tunduk hormat pada para pelajar. "Yang di belakang sana pula ialah Arfie Ezany, bakal memasuki kelas 3S minggu hadapan kerana dia perlu menjalani kursus fotografi sepanjang minggu ini dan dilantik menjadi Kapten permainan Olahraga dan Penolong Pengurus Ahli Kelab Fotografi. Dan seorang lagi ialah Fairuz Hakimi, kelas 3T , penasihat bagi pasukan bola keranjang sekolah. Tetapi sayangnya, dia tidak dapat bersama kita pada hari ini atas sebab-sebab peribadi." Keadaan mula kembali kecoh tetapi Miss Sara Ng masih menyambung pengumuman tersebut, "Mereka akan berada di sini untuk jangka masa lebih kurang 2 tahun bagi mengikuti perkembangan sekolah kita.Sebelum cikgu lupa, yang berada di sisi pentas ini, Vanessa, kelas E juga dan dia masih belum menyertai apa2 persatuan lagi."

Setelah keempat-empat pelajar peralihan diperkenalkan, mereka diberikan cenderahati atas kesudian mereka bertandang di sekolah ini. Sementara itu, geng Aqiel berbual-bual seperti biasa walaupun masing-masing tidak sama kelas. Yana memulakan bicara,"Weyh..lain macam je..apesal cikgu panggil kita semata-mata nak cakap benda ni..buang masa aku doe.."
"aku tak tahu..yang aku tahu, aku da escape dari kelas Mr.Kim..hahahaha.."Aqiel menjawab. Kemudian Yana menyuarakan sesuatu seperti tidak puas hati,"Ishh...f***!" Aqiel yang tidak tahu apa-apa tersentak dan bertanyakan sebabnya. Yana tunduk. Ini membuatkan Aqiel lebih bingung dengan keadaan Yana. 'tak sihat peh budak nie' Aqiel berbisik dalam hati. "Ko nmpk tak budak kat sana tu?" Alia menuding jari ke arah seorang pelajar di pintu hadapan. "Mana? Amirul budak baru tu?"Aqiel meneka. "Eh, hafal je ek ko nama budak tuh..Kalau ko nak tahu, tu la Yana punya.." . Belum sempat Alia Maisara menghabiskan percakapannya, Yana memandang tepat ke arah Alia seakan-akan memberi amaran. Aqiel bengang dengan tindakan Alia yang memberi penjelasan yang tergantung sebegitu lalu menyampuk, "Apa?Balak?" . "Ex!!" Yana menjerit kecil bagi memperbetulkan taggapan Aqiel akan hubungan Yana dengan Amirul. "Laa..yeke..yang budak selalu ko cerita kat aku tu ke? Boleh tahan ek si Ayoi nie.." "Apa ko fikir Qiel..? Ko kan da ada si Ashriq tuh.." Alia mengusik Aqiel yang tentu-tentunya sensitif. "Wait..wait..aku tak cakap apa-apa pun kan..yang ko memandai je andai-andai nie asal..? weyh yana..relax la..ko kan da ada Eymann..jaga dia baik-baik sudah.." Yana termenung seketika. Alia dan Aqiel hanya memandang sesama sendiri apabila memperlihatkan sahabat mereka itu.

Setelah semua pelajar masuk kelas, mereka menjadi riuh seketika. Alia, Aqiel dan Yana masuk ke kelas masing-masing. "Korang nie tak reti nak diam sekejap ke.." Aqiel berkata sendirian sambil mengemas buku-bukunya yang bersepah di atas meja. Kemudian satu suara garau muncul di sebelah Aqiel, "Memang selalu macam nie..?" Amirul mengambil tempat duduk di sebelah Aqiel dengan beg sandang Quicksilver putih di belakang. "Ha'ah..penat telinga ni mendengar..ko asal duduk sini..? kan banyak tempat kosong kat belakang." Aqiel tidak selesa dengan kehadiran lelaki di sekolahnya apatah lagi sekarang mahu duduk pula bersebelahan dengannya. "Tak nak la. Ayoi rabbun la.."

Setelah semua buku disimpan di dalam beg Billabong putihnya, Aqiel duduk di tempatnya dan mla mendiamkan diri seperti biasa memandang keadaan kelas yang sedang bising. Amirul leka melihat tingkah Aqiel. "Huh..kenapa la cikgu tak masuk lagi.." Aqiel berbisik sendiri dan mengeluh panjang. "kan cikgu meeting.." . Aqiel memandang Amirul dengan air muka yang tertanya-tanya. Lantas Amirul memberitahu bahawa para guru mengadakan satu mesyuarat penting. "How did you know?" Aqiel musykil. Amirul hanya senyum tanpa menjawab soalan Aqiel tadi.

Keadaan menjadi sunyi seketika di antara mereka. "Tak penat ke mulut dorang nie.." Aqiel mula berasa tidak selesa dengan keadaan yang sangat bising itu. Bukan apa, mereka bising kerana teruja dengan Vanessa, pelajar peralihan baru tadi. Tidak dinafikan Vanessa mempunyai personaliti yang menarik dan sangat feminin. "Kenapa Aqiel tak bercampur dengan dorang?".
Aqiel mengerutkan muka. Malas mahu menjawab soalan Amirul yang dia rasa sudah betah dia mendengar. "Ayoi tengok Aqiel senyap je..Tak bercampur langsung." Amirul masih mencurahkan Aqiel dengan soalan yang memberi motif yang sama. Aqiel mula rasa rimas dengan soalan Amirul yang bertubi-tubi gamaknya. "Aku selesa macam ni..Ayoi pergi la campur dengan dorang..pastu, alang-alang campur dengan dorang, pergi cari tempat lain nak duduk." Aqiel mula bersuara setelah lama membisukan diri."Tak nak la..!" Amirul tetap berdegil dan tidak mahu membincangkan tentang hal tempat duduk lagi lalu dia berlalu dari situ. Sepanjang pembelajaran, Amirul sering diberi perhatian oleh guru-guru dan memang tidak dinafikan, Amirul memang seorang pelajar yang pandai.

............bersambung . (1)

No comments:

Post a Comment

Heart's Talk