Apabila tiba waktu pulang, seperti biasa Aqiel,Alia dan Yana pulang bersama-sama. "Hai..!" Satu suara dari belakang meyapa mereka bertiga yang sedang menuju ke pintu pagar sekolah. Alia menoleh ke arah suara tersebutlalu memberi salam. Amirul tersipu-sipu malu kerana menerjah mereka kerana tidak memberi salam. Aqiel dan Yana hanya mendiamkan diri. "Hello girls..Boleh join tak..?" Mereka tetap mendiamkan diri. Melihat tiada respons dari ketiga-tiga dari mereka, Amirul mengundurkan diri. "Tak apa la..Ayoi balik dulu. My dad dah tunggu kat luar. Bye Yana, Aqiel, Alia!"
Setelah mereka masuk ke dalam kereta, Alia memulakan perbualan. "Yana, Yana!! Macam mana dia boleh tahu nama aku? Dia kan tak kenal aku? Ko bagitahu ek..?" Yana mengangkat bahu sejurus berkata, "Ermm..Aqiel kot.!" Alia dan Arryana berpaling muka ke arah Aqiel yang sedang mengelamun jauh ke luar tingkap. "Qiel..!" Alia menjerit kecil. Aqiel perlahan-lahan berpaling dari tingkap lalu bersuara,"Aku dengar ada orang panggil nama aku la.." setelah lama termenung panjang. Gayanya seperti 'hantu' yang memanggil namanya.
Arrayana dan Alia gelak terbahak-bahak apabila melihat reaksi sahabatnya itu yang penuh dengan kebingungan. Semakin galak gelak mereka apabila pemandu di sebelah Arryana menekan brek secara tiba-tiba. Malah mereka semua terjatuh dari tempat duduk. Setelah semuanya reda, Arrayana memulakan semula topik perbualan mereka tadi. "Weyh Qiel..apa yang ko termanung tadi? Termenung jauh nampak! ". " Ko gaduh dengan Ashriq ke?" Alia mengagak. Aqiel mengerutkan dahi lalu menggeleng. 'Mood'nya hari ini seperti ada yang tidak kena. "Korang cakap apa tadi?" Aqiel kembali pada situasi mereka tadi dan tidak mahu menimbulkan persoalan tentang 'boyfriend' nya, Ashriq. "Tengok tu. Tak dengar kan tadi..!". "Aku tanya mana budak Ayoi tu tahu nama aku..?" Alia masih tidak berpuas hati. "Oh..Tadi kat dalam kelas dia jadi reporter aku jap..macam-macam dia tanya.That's why.." Aqiel menjelaskan. Memang Amirul bertanyakan berbagai-bagai soalan cepu mas pada dirinya tadi. Malah sikapnya yang terlalu pendiam di kelas mula berubah semenjak kehadiran Amirul di sekolahnya walaupun baru sehari Amirul menjejakkan kaki di Sekolah Menengah Perempuan Infograsi itu. "Kat dalam kelas, dia duduk mana?" Arrayana bertanya dengan nada yang agak muram.
Aqiel yang melihat reaksi Arryana hanya menjawab tanpa berprasangka apa-apa. "Sebelah aku....". "Aku dah suruh dia blah, dia degil.." . Arryana tidak membalas malah dia hanya membatukan diri di tempat duduk hadapan. Bagi Arryana, tiada gunanya lagi dia mahu mengambil tahu tentang bekas kekasihnya itu. "Qiel...ko curang ngan Ashriq ha...aku bagitahu dia ek.." Alia mula mengusik Aqiel yang memang tidak gemar membuka topik tersebut apatah lagi Alia seperti mengugutnya. "Woi..!" Aqiel terjerit kecil lalu menolak Alia menjauhi dirinya. Arryana yang melihat situasi sahabat-sahabatnya mula ceria kembali dengan gelak tawa seperti sedia kala.
Pada malam itu, setelah siap semua kerja sekolah, Aqiel merehatkan dirinya di atas katil. Dia berasa tidak sedap hati. Aqiel akhirnya mengambil keputusan untuk menghubungi Ashriq walaupun hubungan mereka agak regang sejak kebelakangan ini. Tambahan pula sikap Ashriq yang sangat keras hati. Malah, Aqiel banyak bersabar sepanjang hubungan mereka. "Hello..? Siapa bercakap?" Ashriq memulakan bicara di talian. Soalan Ashriq sebentar tadi betul-betul menyeksa sifat keperempuanan Aqiel Fafazurenne. "Tak kenal atau buat-buat tak kenal..?"
Aqiel melemparkan soalan dengan suara yang agak tinggi. "Err..Siapa ek? Wanie? err...err..Fadisha? Irene..?" Ashriq kelam-kabut di talian meneka. Aqiel mengeluh. Aqiel seakan-akan terkelu lidah ubtuk berkata-kata. 'Lelaki.......heh!' Aqiel menyindir di dalam hati. "Sorry..I think I got the wrong number." Hanya itu sahaja yang mampu disuarakan. Panggilan ditamatkan. Sebak. Tiada apa yang perlu dinilai lagi. Fikirannya yang bercelaru menyebabkan dia banyak berfikir benda-benda yang buruk lalu terlena di atas katil.
Keesokan harinya di sekolah, Aqiel masih bermuram walaupun semasa dalam perjalanan ke sekolah, dia bersikap ceria di hadapan Alia dan Arrayana. Hipokrit. Menyembunyikan perasaannya merupakan 'style' Aqiel untuk tidak menyusahkan orang lain. "Kenapani? Muram je..? " Amirul menegur Aqiel setelah 3 subjek berlangsung dan Aqiel masih tidak bersuara apatah lagi menoleh ke arah Amirul yang hanya bersebelahan dengannya. Amirul yang sudah biasa diperlakukan sebegitu, sentiasa tidak mendapat respons dari Aqiel membuka topik baru.
"Qiel participate tak acara marathon terbuka next week..?". "Ha? Kenapa Aqiel langsung tak tahu apa-apa pun?" Aqiel mula bersuara membuatkan Amirul senang dengan keadaan tersebut.
"Hehehehe..Ayoi kan kamceng dengan cikgu. Mestilah Ayoi tahu awal dah Murid-murid yang lain belum tahu lagi. Nanti-nanti cikgu inform kat dorang kot." Aqiel tersenyum melihat Amirul yang beria-ia menjelaskan. "I see. Ayoi masuk?" . " Entah la. Ayoi reti bola sepak je.Hahahahaha..". Aqiel menyampuk,"Then? What's the problem? Masuk jela.". "Aqiel masuk, Ayoi Masuk gak." Amirul bersikap seperti kanak-kanak sahaja lagaknya. "Okey Qiel enter the marathon. Ayoi join ok?" Fikiran Aqiel tentang Ashriq terus melayang apabila berbual dengan Amirul. "No hal..". "Aqiel cabar Ayoi.." ^_^ Amirul menjengkilkan matanya lalu tersenyum. "Give me the options." Kali ini Aqiel pula tersenyum lebar. Aqiel memang gemar cabar-mencabar lebih-lebih lagi bersama Alia Maisara dan Arryana. Dan disebabkan tabiat inilah yang membuatkan Aqiel memulakan statusnya sebagai 'girlfriend' orang. Kalaulah boleh dikembalikan masa yang lalu, Aqiel takkan cuai menyahut cabaran Arryana dahulu. Tetapi sikap Aqiel yang pantang menyerah kalah juga tak dapat nak mengubah perkara yang sudah terjadi.
"Okey..Let me think. Kalau Ayoi menang, sama ada Aqiel belanja Ayoi makan atau Aqiel akan bagi Ayoi...............". Belum sempat Aqiel menghabiskan kata-katanya, Amirul menyampuk., "Tengok wayang dengan Ayoi..!" Amirul menjerit tidak ubah seperti lagak kanak-kanak. "Hey!!" Aqiel membidas. Amirul tersengih-sengih. Aqiel idak mengendahkannya dan menyambung percakapannya yang tergantung. "No..Err..what if I give you barang yang paling Aqiel sayang,, my sweater..?". "ala..kesian la barang yang Aqiel sayang tu. " Amirul menidakkan idea Aqiel. "That's why Qiel bagi. Kalau bukan barang berharga, tak nampak la effect dia. Itu pun kalau Ayoi boleh menang. Kalau tak, Tangan kosong saje.Hehehe..". Amirul masih menunjukkan air muka yang tidak puas hati dan di kepalanya hanya ingin keluar dengan Aqiel sebagai ganjaran kalau-kalau dia menang. "Hmm..Ayoi tak nak sweater. Ayoi nak tuan punya sweater...?" . Sekali lagi Amirul mempamerkan lagak budak kecilnya yang tidak henti-henti mengusik Aqiel. "Ayoi.!" Aqiel tersentak mendengar permintaan Amirul yang tidak masuk dek akal itu. Kemudian masing-masing tergelak.
Kemudian, semua pelajar senyap. Kehadiran Encik Ariel membuatkan mulut semua pelajar terkunci seketika. Sikapnya yang tegas sangat dikagumi anak-anak muridnya walaupun kadang-kadang mereka memperlakukan Encik Ariel seperti teman sahaja. Pelajaran Geografi berjalan seperti biasa. Kertas A4 yang berada di meja Amirul dikoyakkan sedikit bahagian sudutnya. Amirul bertulis sesuatu di atas kertas tersebut lalu diseretkan perlahan-lahan di atas meja Aqiel yang duduk bersebelahan dengannya. Aqiel yang membaca tulisan Amirul di atas kertas hanya tersenyum.
nak tahu x pebende..? sambung la kat saat saat akhir 3 nnti.. chawww...^_^
No comments:
Post a Comment