Thursday, December 3, 2009

SAAT SAAT AKHIR [4]

Arryana kelihatan terpempan buat seketika. "What!? ohmy God!", Arryana tidak sedar bahawa nada suaranya agak tinggi. Biarpun begitu, Alia yang lurus itu tidak dapat menangkap apa yag ingin disampaian, seraya menyuaraka tanda tanya. "Apa itu?"
"Ko nie..itu pun tak tahu. kan tu movie yang baru keluar tu..sah, ko tak up to date!! " Arryana menjawab tetapi sinis sekali. Ada gelak kecil di hujung katanya tadi.

Alia tidak mengendahkan Arryana tetapi terus bertanya Aqielapabila dia dapat menghidu sesuatu motif di sebaliknya, "Movie..? Wait..wait..wait, dia ajak kau tengo wayang?"
"If......" Aqiel teragak-agak untuk bersuara.
"If what?"
"If he wins the next week's marathon."pantas Aqiel menjawab.
"Oh my goodness..tapi Ashriq . . . . " Alia menduga.
"I don't know. Aku tengah buntu ni.." Aqiel lantas mengusap wajahnya memikirkan permintaan Amirul yang sangat tiba-tiba itu.

Alia yang masih membelek-belek dua keping tiket wayangbyang dirampasnya daripada Aqiel sebentar tadi berkata, "Alaa..Ashriq tu suka buat pasal la. Bother him ."
"Kau tak faham.." balas Aqiel pendek.
"Apa yang aku tak faam ha..? cuba cerita sikit? Aku dah lama kawan dengan ko..and aku da lama perhatikan si Ashriq tu.."
Aqiel tersentak. "Perhatikan?!"
"I MEAN, 'hubungan' korang la. Dia asyik buat ko nangis je.."
Alia menerangkan,simpati. Alia sengaja menekankan perkataan 'mean' dan 'hubungan' bagi mengelakkan salah faham daripada berlaku.
"Biarlah......" Itu sahaja kesimpulan dan jawapan bagi celoteh Alia yang mungkin tiada kesudahannya. Bagi menutup mulut Alia tentangnya daripada berlarutan denagn cerita Ashriq, Aqiel pantas berkata, "Case close!" tegas dan jelas. Melihat Alia yang seperti terkunci sahaja kata-katanya,Aqiel tersenyum puas. Walaupu dari tadi Aryana tidak bersuara, tetapi Aqiel tahu bahawa Arryana setia mendengar dan lebih selesa mendengar daripada 'membuka mulut'. Lebih-lebih lagi dia tiada kaitan lagi dengan Amirul. Walaupun sikap Arryana agak kasar dengan rakan-rakan, namun sesungguhnya, Arryana sangat mengambil berat lebih-lebh lagi terhadap sahabat-sahabatnya.

Sementara pulang dari sekolah, keadaan di jalan raya begitu sesak sekali. Tidak tahu apa puncanya. Nak dikatakan Hari perayaan,tidak mungkin. Cuti sekolah, jauh sekali. 'Mungkin ada kemalangan jalan raya', fikir Aqiel. Aqiel yang berada di belakang Arryana membisikkan sesuatu.
"I've something to talk."
Arryana yang berada di hadapan terpinga-pinga. Sedikit pun tidak menoleh ke belakang.
"Talk la."jawabnya selamba.
"May I know, kenapa kau ngan Amirul........ . . .broke up?"
Aqiel teragak-agak untuk bertanya soalan yang penuh rahsia di hati masing-masing.
Malah Aqiel sendiri mengetahui apa yang berlaku dengan hubungan mereka. Bahkan lebih dari itu.

Pada hari ini, Aqiel ingin menjelaskan segala-galanya. "If you don't mind..answer me honestly." Melihat Arryana seakan-akan lebih kepada ingin membatukan diri daripada membangkitkan soal hatinya yang masihterbuku kepada Aqiel.
"AND if you don't mind, kenapa kau nak tahu? Atau lebih sesuai dengan 'Kenapa kau baru nak tahu'?" ujarnya separuh sinis,masih tidak menoleh ke arah Aqiel. "We're friends,right? and aku tak sempat nak tanya apa-apa pasal kau lepas kau broke up last two and a half years ago. Sorry. Plus, Aku tengok budak Ayoi tu, baik je.." Aqiel menambahkan tekanan Arryana dengan soalan demi soalan.

Ya, sesungguhnya Arryana sedar kesilapan lalunya dan semanya berpunca darinya. 'Dan yaes, Amirul baik, seperti kata sahabatnya, Aqiel. And yes, I dump hi! ' Arryana berbisik di dalam hati yang sememangnya tiada siapa yang dapat membacanya.
"Wanna share? Just tell me what's in your mind right now..Aku tahu kau fikir sesuatu. Tell me if you don't mind, tell me." Aqiel seakan mendesak hati wanita Arryana untuk berkata-kata. Namun sukar baginya unuk berbicara apatah lagi membuka mulut di masa yang tidak sesuai begini. "I don't want to talk about this anymore. Or else, I will tell it next time. Not now,Qiel." balasnya ringkas.

Aqiel serba salah jadinya. Serba salah kerana caranya seakan-akan memaksa sahabatnya untuk menjelaskan walaupun ianya sudah basi untuk diungkit. Baginya, walaupun diungkit beribu kali sekalipun, masa tidak akan kembali. Aqiel hanya tersandar pada seat nya. Letih. Bukan kerana Arryana. Tetapi sebagai Penolong Presiden 'Persatuan Pelajar', iaitu kelab yang ditubuhkan dua tahun yang lalu itu oleh senior-senior tingkatan 5. Sebagai Penolong Presiden "Persatuan Pelajar' yang memerlukannya memberi sepenh sokongan dan sumbangan tenaga bagi menjayakan aktiviti-aktiviti di luar jadual kelas seperti kels seni tari dan muzik serta lain-lain. Sejak akhir-akhir ini, semuanya perlu diuruskan bersendirian kerana Aqiel sendiri merelakan dirinya 'in charge' dalam hal-hal 'Persatuan Pelajar' untuk memberi ruang kepada Afiq Harris, Presiden persatuan tersebut bagi membuat persediaan untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tak lama lagi.

Apa-apa pun sekarang, dia berasa sagat letih dan sudah mempunyai agenda sendiri apabila menjejakkan kakinya di rumah nanti. Tidur awal sangat wajib bagi diriya pada ketika itu. 'I can't feel my body....' bisiknya dalam hati. Tiba-tiba satu mesej masuk di telefon bimbitnya. Aqiel tertanya-tanya siapa yang memberi mesej padanya tengah hari buta begini. Sepatutnya tiada sesiapa yang mengganggunya pada waktu-waktu begini. Kemudian, tertera di skrin telefon bimbitnya dengan nombor yang sangat dikenalinya.


.....................(bersambung)

Tuesday, December 1, 2009

SAAT SAAT AKHIR [3]

Pada ketika itu, Amirul hanya memerhatikan tingkah Aqiel yang sedang membalas apa yang tertulis di dalam kertas itu. Kandungan di dalam kertas itu bukan apa. Ianya sekadar kutuk-mengutuk antara mereka tentang cikgu yang sedang mengajarnya kala itu. Encik Ariel yang sedang mengajar di hadapan akhirnya dapat menangkap tingkah Amirul dan Aqiel apabila terdengar gelakan kecil daripada mereka berdua. Sejurus itu Encik Ariel menyuruh salah seorang dari mereka berdua untuk menjelaskan apa yang telah diajar sepanjang 15 minit berlalu sebagai denda. Mereka berdua berpandangan. Amirul tersenyum lalu merelakan dirinya untuk melakukan apa yang telah diarah. Aqiel yang masih berdiri di tempatnya terpinga-pinga melihat Amirul melangkah ke hadapan,malah dia berasa bersalah.

Hati Aqiel lega apabila Amirul dapat mengutarakan apa yang telah diajar Encik Ariel sebentar tadi. Malah dia dapat menjelaskan habis satu bab. Amirul kembali ke tempat duduk di sebelah Aqiel dan memberikan senyuman seperti biasa. Amirul sememangnya tidak lokek senyuman. Bagi Aqiel, Amirul sangat peramah kepada orang di sekelilingnya. 'Agaknya kalau dia jumpa kucing aku, dia mesti tak henti senyum', Aqiel berkata di dalam hati. Biar apa pun, senyuman tersebutlah yang sering membuat hatinya senang walaupun dalam keadaan resah. Kini Aqiel pula tersenyum sendiri melihat Amirul yang mula memberi perhatian pada Encik Ariel di hadapan.

Tepat jam 1.35 petang, loceng berbunyi menandakan waktu pulang, seperti biasa yang dilalui Aqiel dan rakan setingkatannya dalam hampir setengah tahun memasuki sesi pagi. Aqiel yang sedang menuju ke kereta Yana diterpa oleh Amirul yang sedang menarik beg Aqiel. Aqiel tersentak lalu menoleh ke arah si lelaki yang menyergahnya dengan air muka yang terpniga-pinga. "Nah.." Amirul menghulurkan 2 kertas kecil. "Kalau Ayoi menang..." Amirul menyambung percakapannya membuatkan Aqiel kebingungan lantas menunjukkan air muka yang kurang selesa. "But I'm taken?!?" Aqiel mencari alasan. "Tak semestinya da taken tak boleh keluar dengan Ayoi kan?" Belum sempat Aqiel berkata-kata, Amirul berlalu menuju ke pintu pagar sekolah meninggalkan Aqiel sekuntum senyuman yang penuh dengan makna yang Aqiel tidak tahu.

Seyelah memasuki kereta, Arrayana mula bertanya alang-alang dia sendiri nampak tingkah Amirul dan Aqiel sebelum keluar pintu pagar sekolah tadi. "Nak tengok............." Alia dan Arrayana bercakap dalam masa yang sama. Mereka memandang sesama sendiri apabila Aqiel tidak memberikan sedikit respons apatah lagi menoleh ke arah mereka. "Bagi sini benda alah tu.. aku nak tengok..aku dah nampak dah Ayoi bagi ko something tadi.." Alia memujuk. "Bagi apa ni..." Aqiel menafikan. Alia dan Arryana masih memandang Aqiel dengan renungan yang tajam. Keadaan itu membuatkan Aqiel tidak selesa lalu bersuara akhirnya. "Evolution Reborn la.."


..............bersambung..

Heart's Talk